Rabu, 24 Desember 2008

penjelasan_terhadap_fahaman_anti_hadith

Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah palsu" dan "omong-omong" yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.

Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan memberikan beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga telah menuduh bahawa hadith adalah rekaan semata-mata dan beliau menolak kewibawaan ulama'-ulama' hadith. Berikutan daripada itu, pada 19 Jun 1986 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku berkenaan dan seterusnya menyimpulkan bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak Hadith sebagai sumber hukum adalah terkeluar dari ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa juga telah mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya buku tersebut diharamkan. Pada 10 Julai 1986, Kementerian Dalam Negeri secara rasminya telah mewartakan pengharaman buku tersebut.
lengkapnya download disini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar