Rabu, 24 Desember 2008

perkara2_larangan_dalam_islam.

Allah dan Rasul telah melarang kita dari banyak perkara dimana apabila menjauhinya akan memberi banyak kebaikan dan dapat melindungi kita dari banyak perkara keji dan mungkar. Larangan-larangan ini termasuk perkara-perkara yang haram dan juga makruh.

Setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh menjauhi larangan-larangan ini kerana Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: "Apa yang telah aku larang kamu darinya hendaklah kamu menjauhinya". Seorang muslim sejati akan berusaha menjauhi setiap larangan ini samada larangan itu berbentuk haram ataupun makruh. Dia tidak bertindak seperti seorang yang mempunyai iman yang lemah yang menganggap ringan perkara yang makruh. Walhal perkara makruh boleh terjatuh ke dalam perkara haram kerana perkara makruh merupakan satu lingkaran mengelilingi perkara-perkara yang haram.

Justeru, seseorang yang menjauhi perkara-perkara makruh akan di beri ganjaran oleh Allah sekiranya ia menjauhi perkara-perkara tersebut semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Diatas dasar ini , kami tidak membuat sebarang perbezaan diantara perkara yang haram dan makruh kerana untuk membezakan kedua-dua ini memerlukan ilmu yang cukup tinggi. Namun apa yang saya jelaskan disini kebanyakannya mengenai perkara-perkara haram melebihi dari makruh. Berikut adalah perbincangan kita berkenaan dengan larangan-larangan di dalam Islam.

lengkap nya ada disini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar